Saturday, 24 October 2009

STIRLING


Sabtu, 24 sept 2009
Sempena cuti autumn, kami jelajah ke Sterling, Scotland. Tempat yang harus dituju di Stirling semestnyalah castle yang glamour itu. Ia merupakan salah satu daripada 10 castle di UK yang menjadi tarikan pelancong. Penat juga memanjat bukit untuk ke sana. Tengok dari luar, cantik.. macam Edinburgh Castle juga, malah mungkin lebih cantik. Tapi didalamnya tidaklah seluas dan segah Edinburgh Castle. Sesapa yg datang edinburgh tu x rugilah klu masuk...hehehe, promote..promote


Alang-alang sudah sampai tu, kami masuk la ke University of Stirling. Bangunannya moden. Yang kami terkilan sikit, di sini tiada perkhidmatan bas hop on hop off. Terpaksalah naik bas 1st atau stagecoach untuk melihat sekitar bandar. Tiketnya lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan Bas Lothian.


Salah satu tempat tarikan pelancong di sini ialah Wallace Monument. Disinilah diabadikan sejarah pahlawan Scotland yang bernama William Wallace. Untuk sampai kepuncaknya perlu mendaki sebanyak 249 anak tangga. Dari situ kita dapat melihat pemandangan yang amat menarik. Memandangkan hari melepasi waktu asar disertai dengan hujan renyai-renyai, maka kami batalkan niat untuk ke sebuah taman yang cantik iaitu King's Knot. Babai.

6 comments:

cheryna zamrinor said...

maknanya william wallace mmg wujud? sha baca dalam braveheart, dia kata tulang empat kerat william wallace ditanam di sana sini. sha ingat dia cuma fiction!

wooww...boleh bayangkan mel gibson bila baca nieh:)

fa10 said...

ada.. nnt akak nak buat juga n3 pasal dia

Anonymous said...

baik baca kisah para sahabat r.a
naik gunung himalaya hingga ke china
tnpa tong oksigen

sampai je dgn izin Allah

hari ni student uitm panjat everest je dah berbangga2

Sasha said...

wah!! jalan2 makan angin je kerja dia... bila nak merasa hidup gini... so adventurous!!

kamar hati said...

wahhhhh....jalan2 lg....bestnyerrr... (",)

fa10 said...

hainur,
semua benda ada baik buruknya... terpulanglah kpd kita nak menilainya


sasha,
sementara diizinkan Allah... destinasi dekat2 jer tu.. ada rezeki nnt sha pun blh jalan2 juga


kamar hati,
sesekali nak tgk tmpt org...alhamdulillah