Friday, 30 October 2009

halloween


Esok sambutan halloween, malam ni mesti ramai yang sedang berparti. Pasaraya semuanya bertema oren dan hitam. Yang berlonggok-longgok di pasaran buat masa ini semestinyalah labu. Di Kelantan, labu sira merupakan pencuci mulut yang dihidangkan semasa kenduri kahwin. Masa kecil-kecil dahulu, saya memang tidak suka labu sira. Bagi suami saya pula, pertama kali dia merasa labu sira semasa kenduri kahwin sepupu saya beberapa tahun yang lalu. Dan dia amat sukakannya. Semenjak itu, setiap kali dia membeli labu, menunya mestilah labu sira. Untuk menyediakannya tidaklah rumit, labu perlu dikupas dan potong. Lumurkan dengan kapur dan perap lebih kurang sejam. Setelah itu, bersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama gula melaka(nnisae), daun pandan dan bunga cengkih. Tutup periuk dan masak sehingga empuk. jangan beli labu halloween tu...rasanya kurang enak, kena guna labu masakan juga baru best



3 comments:

Neeza.Areef said...

mak sy pn bising sbb sy x duke mkn labu..pengat labu..sayo labu..lepat labu semer sy tolak

cheryna zamrinor said...

saya suka labu. tapi ada nama tpt tuh, labu. yang tu saya tak suka. hehe.

makan labu banyak, nanti kentut pon banyak:p

fa10 said...

neezareef,
akhirnya smpi juga ngko kat blog aku..lps ni nak kena tukar lg ni..huhuhu. mkn labu sejuk urat ooo

cheryna,
kentut ek? patut akak buat pai labu pastu duk lawan kentut ngan husband..hehehe