Friday, 16 October 2009

non uniform


Leith Walk Primary School baru sahaja menguatkuasakan pemakaian baju sekolah 3,4 tahun yang lalu. Sebelum ni murid-murid boleh pakai apa sahaja yang mereka suka. Namun, pada hari-hari tertentu murid-murid dibenarkan untuk memakai baju biasa dengan tujuan tertentu. Contohnya hari ini mereka mengutip dana untuk World Wildlife Fund, jadi murid boleh berbaju biasa dengan membawa duit 1 pound untuk didermakan. Memberi lebih baik daripada menerima.


Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi pertengahan musim luruh. Dan Awla dengan bangganya membawa sekeping kertas di atas. Setiap minggu akan dipilih seorang bintang, diberi sijil dan gambarnya dipampang di dewan sekolah sepanjang minggu tersebut. Apa yang saya perasan, mereka bukan dinilai dari segi kepintaran akal fikiran sebaliknya lebih kepada tingkah laku yang baik. Ini sedikit sebanyak akan memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain untuk menjaga tingkah laku. Anugerah ini tidak akan diberi kepada orang yang sama.


2 comments:

MalayConfinementLady said...

slm...

laa...dh buat rumah baru rupanya. Patutler ketuk2 rumah lama asyik tak berupdate...tak jemput pun beraya rumah baru dia eh...

fa10 said...

rumah baru ni open sokmo...jemput la datang ye....