
Satu perkara menarik yang telah saya lihat semasa berkunjung ke Stirling baru-baru ini ialah cara menganyam tapestry. Tapestry merupakan gambar digunakan untuk menghiasi dinding istana dan gereja. Jika dilihat dari jauh, ia seolah-olah dilukis tetapi sebenarnya gambar itu dianyam secara manual daripada benang.
Sekarang ini 7 bidang tapestries(salinan) yang bertajuk The Hunt of the Unicorn dipamerkan di Stirling Castle. Set tapestries ini menceritakan tentang pemburuan seekor unicorn, akhirnya ia mati dan hidup kembali. Tiada siapa tahu cerita sebenarnya yang dimaksudkan oleh penganyamnya. Kesemua tapestry itu bertarikh antara 1495 hingga 1505 dan bertulis AE sahaja. Ada pendapat yang mengatakan tapestries itu ditempah oleh Mary Queen of Scotland. Ia ditemui di sebuah ladang di Perancis pada tahun 1850an oleh keluarga La Rochefouchauld dan dijual dengan harga 1million USD kepada John d.Rockefeller. Akhirnya tapestries yang asal itu didermakan ke Metropolitan Museum of Art,New York dan sehingga kini masih dipamerkan di sana.

Kini, set tapestries ini dianyam lagi buat kali kedua. Ia dilakukan secara berasingan di West Dean, Weast Sussex dan Stirling Castle. Di Stirling Castle, hanya 3 orang pakar ditugaskan untuk menngayamnya dan dalam sehari mereka boleh menyiapkan sepanjang 2.4 cm sahaja. Set ini dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2014 dan akan digantung dalam dewan istana di Stirling Castle. Mengikut perancangannya dewan tersebut akan dihias sepertimana istana zaman kurun ke 18.
No comments:
Post a Comment