Friday, 30 October 2009

halloween


Esok sambutan halloween, malam ni mesti ramai yang sedang berparti. Pasaraya semuanya bertema oren dan hitam. Yang berlonggok-longgok di pasaran buat masa ini semestinyalah labu. Di Kelantan, labu sira merupakan pencuci mulut yang dihidangkan semasa kenduri kahwin. Masa kecil-kecil dahulu, saya memang tidak suka labu sira. Bagi suami saya pula, pertama kali dia merasa labu sira semasa kenduri kahwin sepupu saya beberapa tahun yang lalu. Dan dia amat sukakannya. Semenjak itu, setiap kali dia membeli labu, menunya mestilah labu sira. Untuk menyediakannya tidaklah rumit, labu perlu dikupas dan potong. Lumurkan dengan kapur dan perap lebih kurang sejam. Setelah itu, bersihkan dan masukkan ke dalam periuk bersama gula melaka(nnisae), daun pandan dan bunga cengkih. Tutup periuk dan masak sehingga empuk. jangan beli labu halloween tu...rasanya kurang enak, kena guna labu masakan juga baru best



Thursday, 29 October 2009

medieval tapestries


Satu perkara menarik yang telah saya lihat semasa berkunjung ke Stirling baru-baru ini ialah cara menganyam tapestry. Tapestry merupakan gambar digunakan untuk menghiasi dinding istana dan gereja. Jika dilihat dari jauh, ia seolah-olah dilukis tetapi sebenarnya gambar itu dianyam secara manual daripada benang.
Sekarang ini 7 bidang tapestries(salinan) yang bertajuk The Hunt of the Unicorn dipamerkan di Stirling Castle. Set tapestries ini menceritakan tentang pemburuan seekor unicorn, akhirnya ia mati dan hidup kembali. Tiada siapa tahu cerita sebenarnya yang dimaksudkan oleh penganyamnya. Kesemua tapestry itu bertarikh antara 1495 hingga 1505 dan bertulis AE sahaja. Ada pendapat yang mengatakan tapestries itu ditempah oleh Mary Queen of Scotland. Ia ditemui di sebuah ladang di Perancis pada tahun 1850an oleh keluarga La Rochefouchauld dan dijual dengan harga 1million USD kepada John d.Rockefeller. Akhirnya tapestries yang asal itu didermakan ke Metropolitan Museum of Art,New York dan sehingga kini masih dipamerkan di sana.

Kini, set tapestries ini dianyam lagi buat kali kedua. Ia dilakukan secara berasingan di West Dean, Weast Sussex dan Stirling Castle. Di Stirling Castle, hanya 3 orang pakar ditugaskan untuk menngayamnya dan dalam sehari mereka boleh menyiapkan sepanjang 2.4 cm sahaja. Set ini dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 2014 dan akan digantung dalam dewan istana di Stirling Castle. Mengikut perancangannya dewan tersebut akan dihias sepertimana istana zaman kurun ke 18.

Wednesday, 28 October 2009

sir william WALLACE

the national wallace monument, stirling

Setakat yang saya tahu Sir William Wallace merupakan seorang pahlawan yang cuba membebaskan Scotland daripada penjajahan England. Sehingga kini pun sebenarnya Scotland masih berusaha untuk berpisah daripada UK. Apa yang sudah berlaku kepada Wallace? Sedikit petikan saya copy daripada wikipedia

Wallace's capture and execution

Wallace evaded capture by the English until 5 August 1305 when John de Menteith, a Scottish knight loyal to Edward, turned Wallace over to English soldiers at Robroyston near Glasgow. Wallace was transported to London and taken to Westminster Hall, where he was tried for treason and was crowned with a garland of oak to suggest he was the king of outlaws. He responded to the treason charge, "I could not be a traitor to Edward, for I was never his subject." With this, Wallace asserted that the absent John Balliol was officially his king. Wallace was declared guilty.

Following the trial, on 23 August 1305, Wallace was taken from the hall, stripped naked and dragged through the city at the heels of a horse to the Elms at Smithfield. He was hanged, drawn and quartered — strangled by hanging but released whilst he was still alive, emasculated, eviscerated and his bowels burnt before him, beheaded, then cut into four parts. His preserved head (dipped in tar) was placed on a pike atop London Bridge. It was later joined by the heads of the brothers, John and Simon Fraser. His limbs were displayed, separately, in Newcastle upon Tyne, Berwick-upon-Tweed, Stirling, and Aberdeen.

William Wallace Statue, Aberdeen. Guardian of Scotland


macam mana nak panjat ni?



Tuesday, 27 October 2009

jetlag ke?

unicorn cafe, stirling

Ahad, 25 Okt 2009
United Kingdom telah menukar waktunya daripada BST(british summer time) kepada GMT(greenwich mean time). Pada musim panas kerajaan UK memendekkan waktu siang sejam berbanding waktu asal, dan pada musim kembali kepada waktu asal. Ini bermakna pada musim panas beza waktu antara Uk dengan Malaysia ialah 7 jam lebih lewat dan pada musim sejuk 8 jam lebih lewat.
Bila malam lebih panjang, secara automatik saja kita mudah rasa mengantuk. Pada mulanya saya berpendapat mungkin pengaruh psikologi, tetapi kawan saya kata bila hari gelap badan kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang akan meyebabkan kita mengantuk. Betul ke? Patut la binatang-binatang di kutub boleh tidur sampai berbulan-bulan masa musim sejuk.

Monday, 26 October 2009

teman sebelah katil


Siapa? Neera, teman semasa di MMP. Kami pernah duduk bersebelahan katil, sama cute, sama comel tapi dia jauh lebih pintar. Sama terjun dalam dunia pendidik tapi saya bergelar cikgu dia bergelar profesor. Hari ini dia meraikan ulang tahun perkahwinannya di Edinburgh dan singgah menjenguk ke teratak kami. Terima kasih Neera, happy anniversary dan datanglah lagi.

Princes Street menjelang krismas

Apa komen Neera?
banyak-banyak bandar di UK yang kami telah pergi, Edinburgh la yang cantik sekali.
Dan dia bukanlah orang pertama yang kata begitu. so, Kepada sesiapa yang ingin melawat UK, atau sedang berada di UK, tidak rugi rasanya kalau singgah ke Edinburgh... promote lg..hehehe


edinburgh castle


Saturday, 24 October 2009

STIRLING


Sabtu, 24 sept 2009
Sempena cuti autumn, kami jelajah ke Sterling, Scotland. Tempat yang harus dituju di Stirling semestnyalah castle yang glamour itu. Ia merupakan salah satu daripada 10 castle di UK yang menjadi tarikan pelancong. Penat juga memanjat bukit untuk ke sana. Tengok dari luar, cantik.. macam Edinburgh Castle juga, malah mungkin lebih cantik. Tapi didalamnya tidaklah seluas dan segah Edinburgh Castle. Sesapa yg datang edinburgh tu x rugilah klu masuk...hehehe, promote..promote


Alang-alang sudah sampai tu, kami masuk la ke University of Stirling. Bangunannya moden. Yang kami terkilan sikit, di sini tiada perkhidmatan bas hop on hop off. Terpaksalah naik bas 1st atau stagecoach untuk melihat sekitar bandar. Tiketnya lebih mahal kalau nak dibandingkan dengan Bas Lothian.


Salah satu tempat tarikan pelancong di sini ialah Wallace Monument. Disinilah diabadikan sejarah pahlawan Scotland yang bernama William Wallace. Untuk sampai kepuncaknya perlu mendaki sebanyak 249 anak tangga. Dari situ kita dapat melihat pemandangan yang amat menarik. Memandangkan hari melepasi waktu asar disertai dengan hujan renyai-renyai, maka kami batalkan niat untuk ke sebuah taman yang cantik iaitu King's Knot. Babai.

Thursday, 22 October 2009

autumn


Scotland skrg berada di pertengahan musim luruh, saya agak-agak saja sebenarnya, sebab sekarang ni cuti pertengahan musim luruh. Suka-suka hati aje..hehehe. Kami sekeluarga pergilah melihat keindahan musim luruh di Botanical Garden. Memang sedang cantik, dedaun hijau kekuningan, dan ada sesetengahnya yang mula menjadi coklat. Bumi umpama hamparan karpet coklat. Sambil-sambil berjalan tu, daun-daun jatuh berguguran di depan mata, macam dalam drama-drama korea tu. Pada waktu pagi kita akan dapat menghidu bau daun-daun ni, saya rasa lebih kurang macam bau kacang hazel... saya suka. Ketika inilah kita dapat melihat sang tupai sibuk mengumpul rezeki untuk disimpan bagi bekalan sepanjang musim sejuk. Itulah cabaran dalam kehidupan mereka...

Monday, 19 October 2009

Scottish Apples

an apple a day keeps the doctor away

Hari minggu yang lepas pameran epal diadakan di Royal Botanical Garden, Edinburgh. Beratus-ratus jenis epal daripada seluruh UK dipertontonkan. Orang ramai boleh melihat, merasa dan membeli epal-epal tersebut. Macam-macam ada...


Saturday, 17 October 2009

Hari Malaysia

Teviot Row House, University of Edinburgh

Hari ini Malaysian Sports, Social and Cultural Klub menganjurkan MALAYSIA FAIR-EDINBURGH 2009 bertempat di Edinburgh University. Majlis dimulakan dengan demo permainan tradisional seperti sepak takraw, congkak, batu seremban dan mengukur kelapa. Diikuti pula dengan persembahan daripada pelajar2 Sekolah Malaysia Edinburgh yang menyanyikan lagu Rasa Sayang dan Bangau on Bangau. Persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh warga melayu Glasgow ialah tarian Ulik Mayang, persandingan melayu yang disertakan dengan paluan kompang dan acara merenjis, pencak silat, tarian zapin, lagu rakyat dan beberapa lagi yang tidak sempat saya hayati sepenuhnya. Selain itu gerai-gerai cenderahati dan makanan juga disediakan. Majlis ini sebenarnya dijayakan bersama antara warga Glasgow dan warga Edinburgh. Mereka menguruskan bahagian pentas dan kami menguruskan bahagian jualan. Sungguh istimewa. Dan yang lebih istimewanya, 30% daripada hasil jualan tiket pada hari ini akan didermakan kepada save the children organisation.

Anak dara masuk dapur. Awla sangat teruja bila melihat bunga manggar yang disangkanya pokok kelapa


happy deepavali


selamat hari deepavali
gambar diambil pada HARI MALAYSIA, di Teviot Room, University of Edinburgh

Friday, 16 October 2009

non uniform


Leith Walk Primary School baru sahaja menguatkuasakan pemakaian baju sekolah 3,4 tahun yang lalu. Sebelum ni murid-murid boleh pakai apa sahaja yang mereka suka. Namun, pada hari-hari tertentu murid-murid dibenarkan untuk memakai baju biasa dengan tujuan tertentu. Contohnya hari ini mereka mengutip dana untuk World Wildlife Fund, jadi murid boleh berbaju biasa dengan membawa duit 1 pound untuk didermakan. Memberi lebih baik daripada menerima.


Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi pertengahan musim luruh. Dan Awla dengan bangganya membawa sekeping kertas di atas. Setiap minggu akan dipilih seorang bintang, diberi sijil dan gambarnya dipampang di dewan sekolah sepanjang minggu tersebut. Apa yang saya perasan, mereka bukan dinilai dari segi kepintaran akal fikiran sebaliknya lebih kepada tingkah laku yang baik. Ini sedikit sebanyak akan memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain untuk menjaga tingkah laku. Anugerah ini tidak akan diberi kepada orang yang sama.


Thursday, 15 October 2009

Heriot-Watt University

Selain daripada Edinburgh University, Heriot-Watt University juga menjadi pilihan ramai warga melayu di sini. Bangunanya jauh lebih moden dan letaknya berkelompok dalam satu pagar. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 30 minit daripada pusat bandar Edinburgh.

Heriot-Watt is a vibrant, forward looking University offering a high quality learning experience and a welcoming and friendly environment. With an international reputation for innovative education, enterprise and leading edge but practical research, it is one of the leading UK universities for business and industry. Often referred to as Scotland's international university, Heriot-Watt has four student campuses: three in Scotland - Edinburgh, the Scottish Borders and Orkney - and a campus in Dubai.


Sunday, 11 October 2009

wedding reception


Jejaka klate dan si manis keramat disatukan di bumi edinburgh. Majlis nikah berlangsung pada minggu lepas dan kendurinya hari ini. Juadahnya ala-ala makanan raya kerana diadakan sekali dengan jamuan raya warga melayu Edinburgh. Tahniah kepada pasangan Eby dan Airi... cantik jajan tu. Hadir sekali ialah adik-adik undergrade yang baru menjejakkan kaki ke bumi ilmu ini sebulan yang lalu. Selamat datang.

Friday, 9 October 2009

1 drpd 4


Britain has 1,647,000 Muslims - 2.7 per cent of the UK population, and 0.1 per cent of the global Muslim population.

Islam is the world's second largest religion behind Christianity, which has an estimated 2.1billion to 2.2billion followers.

Thursday, 8 October 2009

petik sayur


Tomato di laman belakang sedang galak berbuah walau pun pokoknya dah separuh senget ditiup angin musim luruh yang agak kencang. Saya tertungu-tunggu juga bilalah tomato ni nak masak, dah lama sangat rasanya berbuah. Rupanya kena letak di bawah mentari barulah cepat masak.
Semalam saya dah petik buahnya dan campurkan dengan beberapa biji tomato masak, lepas tu letak kat tepi tingkap yang boleh sampai cahaya matahari. Hari ni dah ada nampak sebiji tomato ceri saya mula menguning, seronoknya. Kalau kat UK ni, tomato termasuk dalam kumpulan buah-buahan, bukannya sayur-sayuran sebab ia mempunyai biji benih.


Kentang pun dah boleh digali. 3,4 bulan selepas tanam, perlu digali. Kalau dibiarkan terlalu lama di dalam tanah mungkin akan menyebabkan keracunan. Kentang yang dah hijau-hijau sikit tu perlu dimasak lama sikit, takut keracunan. Tapi kadang-kadang tu kalau ubinya tak tertimbus pun boleh jadi hijau juga

Wednesday, 7 October 2009

open afternoon


Semalam semua ibubapa dijemput ke kelas 1A. Setengah jam yang pertama ibubapa dibiarkan melihat sekitar kelas dan berbincang dengan anak masing-masing. Apa yang saya perhatikan, ibubapa di sini memberi sokongan yang tinggi terhadap anak mereka. Ada yang hadir dengan membawa adik beradik, mak cik dan nenek. Dan si anak pula dengan bangganya mula menunjukkan apa yang mereka telah pelajari sepanjang sebulan setengah ini. Hasil2 kerja murid ditampal sekeliling kelas dan dinamakan. Saya lupa membawa kamera, kalau tidak bolehlah tayang suasana kelas mereka
Setengah jam yang kedua pula murid dibawa ke kelas lain dan ibubapa berbincang dengan guru kelas dan guru besar secara tidak formal. Masing2 duduk bersila dekat lantai je. Mrs.Gillies menerangkan macam mana mereka diajar mengenal huruf. Kaedah yang digunakan hampir sama macam kaedah pemulihan jawi j-QAF. Setiap huruf ada nyanyian dan gayanya supaya murid mudah ingat. Latih tubi menulis di belakang kawan, menulis di atas pasir, menyusun jadi perkataan dan macam-macam lagi la. Yang penting setiap hari akan ada kerja rumah dan diberi sebuah buku supaya ibubapa bacakan kepada mereka. Semua itu perlu direkodkan didalam buku yang disediakan. Memang memerlukan perhatian yang agak tinggi daripada ibubapa.
Apa yang saya suka ialah kekreatifan dan kerajinan guru-guru di sini. Contohnya bila mengajar huruf R for restaurant, suasana kelas akan diubah kepada bentuk restoren dan suasana itu akan kekal selama seminggu sehingga mereka berpindah kepada huruf seterusnya. Rasanya ini amat sesuai diaplikasikan dalam bilik j-QAF untuk kelas pemulihan jawi. Insya Allah, akan saya gunakan pengalaman ini nanti.

Monday, 5 October 2009

pertemuan pertama

Salam buat semua.
Kini saya berpindah ke rumah baru,
dengan paparan yang padat dan ringkas sahaja.
Di zaman moden ni semua orang nak yang ringkas-ringkas sahaja.
Dengan sedaya upaya saya akan cuba menggunakan bahasa melayu yang betul.
Semenjak menggunakan bahasa yang cacamerba tu, saya dapat rasakan kualiti bahasa melayu saya semakin teruk.
Manalah tahu, nanti bila anak-anak sudah besar, mereka mesti mengkritik gaya penulisan saya yang bercampur aduk itu.
Blog lama saya, kini diabadikan khusus buat tatapan kami sekeluarga sahaja.
Bila memikirkan teman-teman penulis blog yang saya sayang, maka lahirlah blog kedua ini.

Inilah sahaja dahulu catatan pertama saya, bertemu kembali