Thursday, 8 October 2009

petik sayur


Tomato di laman belakang sedang galak berbuah walau pun pokoknya dah separuh senget ditiup angin musim luruh yang agak kencang. Saya tertungu-tunggu juga bilalah tomato ni nak masak, dah lama sangat rasanya berbuah. Rupanya kena letak di bawah mentari barulah cepat masak.
Semalam saya dah petik buahnya dan campurkan dengan beberapa biji tomato masak, lepas tu letak kat tepi tingkap yang boleh sampai cahaya matahari. Hari ni dah ada nampak sebiji tomato ceri saya mula menguning, seronoknya. Kalau kat UK ni, tomato termasuk dalam kumpulan buah-buahan, bukannya sayur-sayuran sebab ia mempunyai biji benih.


Kentang pun dah boleh digali. 3,4 bulan selepas tanam, perlu digali. Kalau dibiarkan terlalu lama di dalam tanah mungkin akan menyebabkan keracunan. Kentang yang dah hijau-hijau sikit tu perlu dimasak lama sikit, takut keracunan. Tapi kadang-kadang tu kalau ubinya tak tertimbus pun boleh jadi hijau juga

6 comments:

Anonymous said...

haha, buah2an yang enak di makan

Insya Allah.


Arigato Adioss

Assalamualaikum

fa10 said...

tu la... kat mesia x dernye budak2 nak mkn tomato mcm makan epal.

Abu Muazz said...

main farm town, tanam, tuai, jual, dapat duit... pastu koyya sore.

tanam betul2... lagi best. tanam, tuai, masak... makan... pergghhh

tak rugi berbudi pada tanah

fa10 said...

abu muazz,
betul tu... rasanya lebih sedap dan segar. boring dah lah main games ni...

Sasha said...

owh begitu ker?... Sha selalu confius kenapa tomato is a fruit not vege... skang dah tau sebabnya... sbb ada biji...

rajin jugak faten bercucuk tanam di alam realiti...

fa10 said...

haah... tu la. saya pun mula2 pelik juga